Thursday, April 14, 2011

Rumah Tradisional Melayu Melaka


Rumah Melayu Melaka
 Di rumah inilah kami adik beradik dibesarkan. Rumah ini ujud sebelum saya dilahirkan lagi. Klu sekarang umur saya dah 39 tahun, mungkin rumah nie dalam 50 tahun. Jadi, cerita berkenaan rumah ini banyak saya ketahui dari kakak-kakak, abang, arwah mak serta arwah abah. Kesimpulannya, saya celik mata jer umah ni dah memang kat sini...hehehehe....
Dari cerita arwah abah, rumah ini dulunya terletak di kebun kami di Kampung Pinang B. Tapi telah dipindahkan oleh orang-orang kampung (lelaki) secara bergotong royong dengan mengangkat Rumah Ibu, Serambi & Rumah Tengah merentasi sawah padi untuk ke tapak rumah sekarang. Selesai kerja memindahkan rumah, orang-orang kampung yang membantu kami telah dijamu dengan Bubur Merah serta air yang telah siap dimasak oleh kaum perempuan (mak-mak)....


Dari cerita arwah mak juga kesemua kakak-kakak saya telah dilahirkan di rumah ini (disambut oleh bidan) di kebun kami. Cuma saya seorang jer yang dilahirkan di hospital ( mungkin umur mak waktu tu ditakuti merbahaya untuk melahirkan ) dan ketika itu rumah ni telah pun berada pada tapaknya sekarang di tepi jalan di Kampung Pinang A. So, maknanya saya seorang je la orang Kampung Pinang A dalam adek beradek kami....hehehehe...
Tangga Bahagian Tengah
(gambar diambil dari beranda)
 
Bahagian Tangga Tengah
 
Tangga Tengah
(gambar diambil dari luar)
Gambar-gambar ini diambil ketika saya sedang membaik pulih kawasan luar serta dalam rumah yang dah banyak rosak kerana anai-anai. Secara peribadinya saya akui yang saya memang gagal menjaga rumah ini sebaik arwah abah. Walaupun dalam adek beradek saya 9 perempuan & cuma abang soang jer lelaki tapi abah yang menjadi tunggak utama dalam mengurus, memelihara rumah kami nie. Even saya sendiri pun hingga sekarang tidak secekal arwah abah dalam menguruskan rumah ini.
Serambi Rumah
Kini Rumah Atas semua telah diroboh & dipindahkan ke rumah jiran (anak mereka beli untuk memelihara serta menjaga kerana minat beliau terhadap ukiran tradisi Rumah Tradisional Melaka). Semua itu atas sebab-sebab saya nak pindah ke Kuala Lumpur serta tidak mampu lagi untuk menguruskan rumah tersebut. Tapi saya bersyukur, sebab anak jiran saya tu ingin menjaganya. Kini, kalau rindu, saya boleh la ke rumah anak jiran untuk melihat rumah lama kami tu......


Walaubagaimanapun, rumah ini tetap rumah kesayangan saya. Walau berat mata orang sekeliling melihat 'kejatuhan' rumah ini, sayu lagi hati saya ingin melepaskanya pergi.....
Lebih-lebih lagi di sini lah tempat saya dilahir, dibesar, berkahwin di sini, melahirkan 3 anak serta membesarkan mereka di sini.....
Ianya tetap tersimpan kemas di dalam sanubari saya....
Kenangan tetap di hati bersama-sama Arwah Mak, Arwah Abah serta Rumah Kami ini....


Al-Fatihah untuk Arwah Mak & Arwah Abah......
Semoga roh mereka di tempatkan bersama-sama orang-orang yang disayangiNya di sana...AMIN

1 comment:

  1. Budak bermain tepi perigi..
    Sambil memakan buah berangan..
    Berat hati melepas pergi..
    Rumah pusaka penuh kenangan..

    Pagi-pagi menjemur kain..
    Dara menyanyi hingga terleka..
    rumah berpindah ketapak lain..
    kekal menjadi warisan pusaka

    ReplyDelete