Thursday, April 14, 2011

Sejarah Kebaya Nyonya

KEBAYA 

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang pada asalnya dikenakan oleh wanita di  negara Indonesia dan Malaysia.  Selain itu pakaian Kebaya ini dibuat dengan menggunakan sejenis kain yang dikenali dengan Kain Kasa.  Baju Kebaya juga boleh dikenakan dengan sarung batik atau pakaian tradisional yang lain seperti kain songket dengan motif berwarna warni.

Baju Kebaya telah dikatakan berasal dari kaum Cina yang telah berhijrah ke Nusantara ratusan tahun dahulu .  Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawesi.

Setelah penyesuaian budaya atau asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu telah
diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana sahaja.  Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau Jawa ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi mereka.  Hari demi hari, kebaya telah diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori dan telah bertukar dengan menggunakan sutera dan diselitkan sulaman yang berwarna warni.

Disamping itu pakaian yang mirip yang disebut "NYONYA KEBAYA" telah dihasilkan pertama kali oleh orang orang Peranakan cina daripada Melaka.  Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manik".  Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk mengubahsuai rekabentuk dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang diubahsuai boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Rumah Tradisional Melayu Melaka


Rumah Melayu Melaka
 Di rumah inilah kami adik beradik dibesarkan. Rumah ini ujud sebelum saya dilahirkan lagi. Klu sekarang umur saya dah 39 tahun, mungkin rumah nie dalam 50 tahun. Jadi, cerita berkenaan rumah ini banyak saya ketahui dari kakak-kakak, abang, arwah mak serta arwah abah. Kesimpulannya, saya celik mata jer umah ni dah memang kat sini...hehehehe....
Dari cerita arwah abah, rumah ini dulunya terletak di kebun kami di Kampung Pinang B. Tapi telah dipindahkan oleh orang-orang kampung (lelaki) secara bergotong royong dengan mengangkat Rumah Ibu, Serambi & Rumah Tengah merentasi sawah padi untuk ke tapak rumah sekarang. Selesai kerja memindahkan rumah, orang-orang kampung yang membantu kami telah dijamu dengan Bubur Merah serta air yang telah siap dimasak oleh kaum perempuan (mak-mak)....


Dari cerita arwah mak juga kesemua kakak-kakak saya telah dilahirkan di rumah ini (disambut oleh bidan) di kebun kami. Cuma saya seorang jer yang dilahirkan di hospital ( mungkin umur mak waktu tu ditakuti merbahaya untuk melahirkan ) dan ketika itu rumah ni telah pun berada pada tapaknya sekarang di tepi jalan di Kampung Pinang A. So, maknanya saya seorang je la orang Kampung Pinang A dalam adek beradek kami....hehehehe...
Tangga Bahagian Tengah
(gambar diambil dari beranda)
 
Bahagian Tangga Tengah
 
Tangga Tengah
(gambar diambil dari luar)
Gambar-gambar ini diambil ketika saya sedang membaik pulih kawasan luar serta dalam rumah yang dah banyak rosak kerana anai-anai. Secara peribadinya saya akui yang saya memang gagal menjaga rumah ini sebaik arwah abah. Walaupun dalam adek beradek saya 9 perempuan & cuma abang soang jer lelaki tapi abah yang menjadi tunggak utama dalam mengurus, memelihara rumah kami nie. Even saya sendiri pun hingga sekarang tidak secekal arwah abah dalam menguruskan rumah ini.
Serambi Rumah
Kini Rumah Atas semua telah diroboh & dipindahkan ke rumah jiran (anak mereka beli untuk memelihara serta menjaga kerana minat beliau terhadap ukiran tradisi Rumah Tradisional Melaka). Semua itu atas sebab-sebab saya nak pindah ke Kuala Lumpur serta tidak mampu lagi untuk menguruskan rumah tersebut. Tapi saya bersyukur, sebab anak jiran saya tu ingin menjaganya. Kini, kalau rindu, saya boleh la ke rumah anak jiran untuk melihat rumah lama kami tu......


Walaubagaimanapun, rumah ini tetap rumah kesayangan saya. Walau berat mata orang sekeliling melihat 'kejatuhan' rumah ini, sayu lagi hati saya ingin melepaskanya pergi.....
Lebih-lebih lagi di sini lah tempat saya dilahir, dibesar, berkahwin di sini, melahirkan 3 anak serta membesarkan mereka di sini.....
Ianya tetap tersimpan kemas di dalam sanubari saya....
Kenangan tetap di hati bersama-sama Arwah Mak, Arwah Abah serta Rumah Kami ini....


Al-Fatihah untuk Arwah Mak & Arwah Abah......
Semoga roh mereka di tempatkan bersama-sama orang-orang yang disayangiNya di sana...AMIN

Bakul Sia Peranakan Melaka

Bakul Sia merupakan bakul yang sering dibawa bersama ke majlis perkahwinan bagi mengisi buah tangan untuk tuan rumah bukan saja bagi masyarakat Nyonya Peranakan bahkan juga bagi masyarakat Melayu Melaka. Bakul Sia terdiri daripada beberapa saiz serta beberapa tingkat. Harga setiap satunya bergantung kepada saiz serta tingkatnya. Bakul Sia sesuai dijadikan sebagai cenderahati, hantaran, hiasan serta hamper.

Contoh Bakul Sia yang siap digubah :
Contoh Bakul Sia yang dibuat Hantaran
Model : SINGLE


Hadiah sempena Hari Guru daripada Dhaniyah untuk Guru Kelasnya - Pn Zawani. Dia menghadiahkan barang mandian bayi kerana dalam masa yang sama guru dia baru melahirkan bayi perempuan. So, kira 2 in 1 la nie...

Pandangan Dari Hadapan
 
Pandangan Dari Sisi

 
Pandangan Dari Belakang




MODEL BAKUL SIA : TRIPLE


Model : TRIPLE


MODEL BAKUL SIA : SINGLE

Size (cm)  :                                                          Size (inci)  :
6cm    -    RM 15.00                                            6 inci    -    RM 52.00
7cm    -    RM 18.00                                            7 inci    -    RM 60.00
8cm    -    RM 21.00                                            8 inci    -    RM 68.00
9cm    -    RM 24.00                                            9 inci    -    RM 76.00
10cm  -    RM 27.00                                            10 inci  -    RM 84.00
Bakul Sia : SINGLE
 

Kain Batik (a)

Kain Batik merupakan pelengkap bagi pemakaian Kebaya Nyonya. Walaubagaimanapun, kini cara pemakaian telah dipelbagaikan mengikut citarasa masakini. Selain Kain Batik, kita juga boleh menggayakan Kebaya Nyonya ini dengan jeans, pareo atau apa saja yang sesuai dengan si pemakai. Di sini kami juga ada menyediakan beberapa helai Kain Batik untuk disesuaikan dengan Kebaya Nyonya mengikut corak/warnanya.

Di bawah adalah Kain Batik yang kami sediakan bagi pemakaian bersama-sama Kebaya Nyonya (Kain Batik & contoh padanan).

Black
RM 30.00

Blue
RM 30.00

Brown 1
RM 30.00

 
Brown 2
RM 30.00

 
Brown 3
RM 30.00


Kain Batik (b)

Green
RM 30.00
 
PinkPurple 1
RM 30.00

Pink Purple 2
RM 30.00


Pink Purple 3
RM 30.00

Red
RM 30.00